fgfgfgg

 

 

Kaunter Pengunjung :
 

 

Dimaklumkan bahawa bermula 1 September 2009, alamat sistem ePASG akan bertukar kepada http://kdnapps.kdn.gov.my/portal/ (20 Ogos 2009)

:::: Syarat Penubuhan Syarikat Baru ::::


1.         Mengikut Akta Ejensi Persendirian, 1971: 

(i)         Lesen 2(a)

Mengadakan pengawal dan perlindungan bagi keselamatan dari seorang lain atau bagi keselamatan harta atau urusan orang lain…” 

(ii)        Lesen 2(b)

Mendapatkan dan memberi maklumat mengenai kelakuan, aktiviti-aktiviti atau hal ehwal seorang lain”

 

2.       Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan syarat permohonan lesen Agensi Persendirian di bawah Seksyen 3, Akta Ejensi Persendirian 1971 bagi permohonan lesen 2(a) ataupun lesen 2(a) dan lesen 2(b) adalah mengikut syarat-syarat seperti berikut:-  

(a)     Salinan kertas kerja perancangan perniagaan bersama biodata pemegang saham  dan ahli lembaga pengarah syarikat.

(b)     Salah seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia atau Angkatan Tentera DiRaja Malaysia yang berpangkat sekurang-kurangnya SAC II ATAU Kolonel yang memegang 30% ekuiti saham syarikat; ATAU

Salah seorang terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai awam dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang pernah berkhidmat dalam sektor keselamatan selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun yang berpangkat sekurang-kurangnya gred 52 atau yang mempunyai sijil kursus keselamatan atau yang setaraf dengannya memegang 30% ekuiti saham syarikat.

(c)    Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.

(d)    Mempunyai modal berbayar RM300,000.00.

(e)    Pegangan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputra sebanyak 70%.

 3.       Bagi lesen 2(b) sahaja, Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan syarat-syarat seperti berikut: 

(a)    Salinan kertas kerja perancangan perniagaan.

(b)   Salah seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai Polis DiRaja Malaysia atau Tentera DiRaja Malaysia yang berpangkat sekurang-kurangnya ASP atau Kapten yang memegang 30% ekuiti saham syarikat.

(c)    Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.

(d)    Mempunyai modal berbayar RM50,000.00