|
SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON LESEN AGENSI PERSENDIRIAN
DI BAWAH AKTA EJENSI PERSENDIRIAN 1971
1.
Mengikut Akta Ejensi Persendirian, 1971:
(i)
Lesen 2(a)
“Mengadakan
pengawal dan perlindungan bagi keselamatan dari seorang lain atau bagi
keselamatan harta atau urusan orang lain…”
(ii)
Lesen 2(b)
“Mendapatkan
dan memberi maklumat mengenai kelakuan, aktiviti-aktiviti atau hal ehwal
seorang lain”
2. Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan syarat permohonan lesen
Agensi Persendirian di bawah Seksyen 3, Akta Ejensi Persendirian 1971 bagi
permohonan lesen 2(a) ataupun lesen 2(a) dan lesen 2(b)
adalah mengikut syarat-syarat seperti berikut:-
(a) Salinan
kertas kerja perancangan perniagaan bersama biodata pemegang saham dan
ahli lembaga pengarah syarikat.
(b) Salah
seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai
tinggi Polis DiRaja Malaysia atau Angkatan Tentera DiRaja Malaysia yang
berpangkat sekurang-kurangnya SAC II ATAU Kolonel yang memegang 30%
ekuiti saham syarikat; ATAU
Salah seorang
terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai awam dalam kumpulan
Pengurusan dan Profesional yang pernah berkhidmat dalam sektor keselamatan
selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun yang berpangkat sekurang-kurangnya
gred 52
atau yang
mempunyai sijil kursus keselamatan atau yang setaraf dengannya memegang 30%
ekuiti saham syarikat.
(c) Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.
(d) Mempunyai modal berbayar RM300,000.00.
(e) Pegangan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputra sebanyak 70%.
3. Bagi
lesen 2(b) sahaja, Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan
syarat-syarat seperti berikut:
(a) Salinan
kertas kerja perancangan perniagaan.
(b) Salah
seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai
Polis DiRaja Malaysia atau Tentera DiRaja Malaysia yang berpangkat
sekurang-kurangnya ASP atau Kapten yang memegang 30% ekuiti saham syarikat.
(c) Hendaklah
ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.
(d) Mempunyai
modal berbayar RM50,000.00
* Borang permohonan lesen agensi persendirian boleh didapati di:
Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
Kementerian Dalam Negeri
Aras 10, Blok D1, Kompleks D
Kompleks Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
* Borang
adalah percuma |